Saturday, May 24, 2008

kepentingan menamakan anak

Setiap ibu bapa perlu beryukur apabila mendapat zuriat sama ada lelaki atau perempuan.Antara kewajipan pertama ialah mengazan dan iqamat kepada bayi.Dan antara kewajipan lain ialah pemilihan nama.
Pada masa kini telah menjadi trend sesetengah ibu bapa menamakan anak dengan nama manusia popular seperti ahli politik,negarawan,malah artis....
Islam itu indah dan cantik.Jika ibu bapa memberi nama anak dengan nama yang tidak baik,ia dikhuatiri akan memberi kesan tidak baik kepada anak.
Walaupun kata sasterawan ternama William Shakespeare 'Apa ada pada nama',namun islam mementingkan nama.

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu". hadith

dalam hadis tersebut jelas menunjukkan kewajipan memberi nama dengan nama yang baik.Antara kesilapan ibu bapa dulu-dulu ialah memberi nama yang tidak baik kerana kekurangan pengetahuan dan kesedaran.Maka lahirlah nama Zaniah,Kotek,Syaqiah,Usop,Alisa,Elia dan lain-lain.Kesilapan ibu bapa terdahulu jangan diulangi....Moga Allah memaafkan ibu bapa yang telah menamakan anak dengan nama yang tidak baik....

Antara tips menamakan anak ialah:

1.Dapatkan nama-nama baik melaui buku-buku agama dan laman web.

2.Bertanya para ustaz dan alim ulama'.

3.Berikan nama yang memberi makna baik mengikut bahasa arab.

4.Jauhi nama-nama yang memberi maksud tidak baik.

5.Elakkan menggabungkan nama suami isteri kepada nama anak.

6.Nama jangan terlalu panjang hingga menyusahkan ketika proses pendaftaran sijil kelahiran.

7.Ejaan nama dengan abjad rumi perlu menepati abjad arab.Ini bagi menjauhkan implikasi tersalah makna.Dapatkan naishat pakar bahasa arab sebelum membuat keputusan mengisi borang pendaftaran sijil kelahiran anak.

8.Jika tersalah memberi nama anak kerana masalah tertentu seperti nama tidak abik atau tidak memebri sebarang makna baik dll,anda boleh menukarnya di Jabatan Pendaftaran Negara.

9.Nama Panggilan

Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.

10.Pilihlah nama-nama para nabi,sahabat dan wali-wali Allah kerana nama-nama mereka adalah terbaik.

11.Memberikan nama baik adalah kewajipan kepada ibu bapa,justeru setiap ibu bapa perlu peka dalam pemberian nama anak-anak.

Walaupun nama yang baik tidak menjamin seseorang anak membesar dan menjadi manusia beriman,ia adalah lebih baik daripada memberikan nama yang tidak baik kerana nama tidak baik bukan sahaja dilarang islam tetapi memberikan implikasi kepada seseorang anak di dunia dan akhirat.
Anak yang dinamakan tidak baik bukan sahaja merasa malu dengan namanya,malah akan disebut-sebut pula jika diringi dengan sifat dan akhlak buruk.Ramai akan berkata 'patutlah perangai buruk,nama pun dan buruk.....

Antara web panduan nama-nama anak ialah:

http://mj.crazyartzone.com/baby/
http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/index.html
http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/terlarang.html
http://www.geocities.com/alazhar_mirc/nama.htm
http://namaislam.tripod.com/
http://members.tripod.com/puteri_ina/isikandungan.htm
http://www.milligazette.com/misl/muslim_islam_islamic_baby_names_girl_boy_name.htm
http://www.islamicgarden.com/page1093.html



Nama-nama zuriatku:

AMIRUL ERFAN ; Panglima yang bijaksana

NUR AS SHAFIAH : Cahaya yang suci

NUR AS SAFA : Cahaya yang suci

akan datang.......?

Saturday, May 10, 2008

Kepentingan membaca





Gambar : Antara buku parenting yang perlu dibaca ibu bapa.
Layari www.mph.com.my

Menjadi ibu bapa adalah anugerah.Masih ramai suami isteri yang telah berkahwin bertahun-tahun lamannya tetapi belum dianugerahi anak.....Jika anda telah mendapat anak,bersyukurlah.....
Jika ingin menjadi ibu bapa cemerlang dan mampu menangani pelbagai situasi dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak,proses pembacaan akan membantu anda menjadi ibu bapa.
Membaca pelbagai buku tentang parenting banyak membantu ibu bapa.Bacalah pelbagai buku dalam bahasa Melayu,inggeris,arab dan lain-lain.Dengan membaca,anda akan lebih banyak mengetahui pelbagai kemahiran dan proses pembesaran seseorang anak dari bayi hinggalah dewasa.
Adalah menyedihkan jika anda tidak meluangkan masa membaca.Belilah sebuah buku parenting dan bacalah sekurang-kurangnya 1 jam sehari.Jika dalam masa 2 bulan anda mampu menghabiskan sebuah buku,ini bermakna anda telah membaca 6 buah buku parenting dalam setahun.....
Kunjungi perpustakaan dan bacalah buku-buku percuma atau beli di kedai-kedai buku.
Jangan lokek membeli pelbagai buku parenting krn buku parenting akan banyak membantu anda menjadi ibu bapa......
Jadilah ibu bapa yang peka bin prihatin dengan banyak membaca....
Membaca menambahkan pengetahuan dan kemahiran....

Friday, February 29, 2008

Selamat datang


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Blog ini diwujudkan untuk memuatkan pelbagai idea,nasihat,tips,panduan,pengalaman,tunjuk ajar,
pengetahuan dan lain-lain yang bersangkutpaut dengan keibubapaan.
Semoga anda mendapat manfaat sebaiknya....

'Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih,maka ibu bapanya yang mengyahudikannya,menasranikannya atau memajusikannya"
Hadis saw

'Didiklah anak kamu mengikut zaman anak kamu hidup,bukan zaman kamu hidup'
Saidina Omar r.a
Selamat melayari blog dan memanfaatkannya....
Sebarkan pengetahuan yang diketahui dan pengambilan maklumat,gambar dan lain-lain adalah dibenarkan dan digalakkan.Hakcipta tak terpelihara hingga kiamat....